Sunday, 28 January 2018

Program Motivasi Pelajar Tahun 6 Bersama Ibu Bapa
oleh Penyarah IPG Negeri Sembilan

Sunday, 10 September 2017

PEPERIKSAAN UPSR BERMULA PADA HARI INI. SEMOGA BERJAYA.

Semoga anak didik kita semua seramai 55 orang boleh menjawab soalan UPSR dengan lancar dan cemerlang. Insya Allah

Wednesday, 2 August 2017

Sunday, 30 July 2017

Wednesday, 24 May 2017

Tahniah Pn. Sabina di atas anugerah Guru Inovasi Peringkat Daerah

SEMPENA HARI ORENTEERING SEDUNIA


                                                                Peringkat Negeri Perak

Tuesday, 16 May 2017

UNTUKMU INSAN BERJENAMA GURU

GURU.....( khas buat sahabatku )

Apabila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Apabila murid kena diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau sesiapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu-
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(😝😝😝😝😝😝😝)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin pd waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
"MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
Anda yang terbaik! 👍 TQ

Tuesday, 18 April 2017

Sunday, 12 February 2017

Sunday, 22 January 2017

Tuesday, 17 January 2017

PERASMIAN PINTU PAGAR UTAMA SEKOLAH OLEH YB DATO' MOHD KHUSAIRI

Jutaan terima kasih dari warga SKAB dan PIBG di atas sumbangan pembinaan pintu pagar utama SKAB oleh YB Dato' Mohd Khusairi bin Abdul Talib, ADUN SLIM.
Terima kasih daun keladi.


Jutaan terima kasih jua dari warga SKAB dan Permaufakatan Prasekolah di atas sumbangan
penyelenggaraan atap tambahan prasekolah dan baik pulih dapur.
Terima kasih daun keladi.

Saturday, 7 January 2017

Motivasi Diri

Mohd Radzali Abdullah:
Motivasi dan muhasabah untuk saya dan kita Para Pendidik sempena Tahun Baharu 2017😃
(Copy n paste dari rakan sebelah)

Assalamu'alaikum.
TIGA BELA çS MOTIVASI
untuk para Guru مربى

Jadikan tip-tip ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stres dsb.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit, kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah, kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah  PELAJAR/MURIDmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

🔹MOTIVASI KETIGA  Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURIDmu dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai ke puncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

🔹MOTIVASI KELIMA  Baikkanlah layananmu terhadap PELAJAR/MURIDmu dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.

🔹MOTIVASI KEENAM  Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak PELAJAR/MURIDmu yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

🔹MOTIVASI KELAPAN  Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah guru-guru kami yang kuat, cergas dan amanah".

🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah PELAJAR/MURIDmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru,  kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar, tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍
Utk kita semua. Semoga bermanafaat.. 👍🏻👍🏻👍🏻😊

Tuesday, 27 December 2016

MAKLUMAN MESYUARAT HEM DAN KO-KURIKULUM KALI 1/2017

Adalah dimaklumkan semua guru-guru diwajibkan menghadiri mesyuarat seperti di atas. Guru-guru yang tidak hadir diminta memberikan alasan dan sebab-sebab yang menasabah. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan bagi guru-guru yang ingkar perintah. Sekian.

Tuesday, 20 December 2016

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017)

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR 

(Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3


Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3
Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR
(Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3















Rajah di atas menunjukkan peruntukan jam setahun minimun bagi mata pelajaran tahap 1.  
Tiada perubahan ketara berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum KSSR semakan 2017 ini.


 Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6
 Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR
 (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6

             Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum 

             Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6


 Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa 

Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6


Rajah di atas pula menunjukkan peruntukan masa bagi KSSR Tahap 2. Tiada perubahan ketara. 
Reka Bentuk Teknologi dan Teknologi Maklumat Komunikasi masih berkongsi waktu pengajaran 
dengan perlu diajar bergilir-gilir. Begitu juga dengan sains, mahupun telah didesak untuk menambah 
waktu kerana terlalu banyak kandungan pelajaran, namun masih kekal dengan4 masa atau 
2 jam seminggu. 

Sunday, 4 September 2016

PEPERIKSAAN UPSR 2016



























WARKAH GURU BESAR KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.

Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, - tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup 

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,
Guru Besar

Tuesday, 16 August 2016

Himpunan Terbesar Soalan Percubaan UPSR 2016 Negeri-Negeri di Malaysia

Himpunan Terbesar Soalan Percubaan UPSR 2016 Negeri-Negeri di Malaysia versi Terbaik. Download link di :

http://www.sistemguruonline.my/2016/08/himpunan-terbesar-soalan-percubaan-upsr.html

Tuesday, 9 August 2016

SOALAN PEPERIKSAAN UPSR UNTUK LATIHAN

#table7 > tbody > tr:nth-child(3) > td:nth-child(2)


http://www.sistemguruonline.my/2016/08/soalan-peperiksaan-percubaan-upsr-2016_8.html

http://www.sistemguruonline.my/2016/08/soalan-peperiksaan-percubaan-upsr-2016.html

BAHASA MELAYU

https://drive.google.com/folderview?id=0B-SQF0xkQcBMbUNWMzFKQ1BhMjA&usp=sharing

BAHASA INGGERIS

https://drive.google.com/folderview?id=0B-SQF0xkQcBMeU9ISmhBREE0RGM&usp=sharing

MATEMATIK

https://drive.google.com/folderview?id=0B-SQF0xkQcBMMmVjYV9zVVRjU1U&usp=sharing

SAINS

https://drive.google.com/folderview?id=0B-SQF0xkQcBMMkFnampqZEhucTA&usp=sharing


SOALAN PERCUBAAN UPSR

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2015






PERCUBAAN UPSR TAHUN 2014

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2013

PERCUBAAN UPSR TAHUN 2012