TS25 SKAB

TS25 SKAB
KLIK UNTUK PAPARAN

Sunday, 4 September 2016

PEPERIKSAAN UPSR 2016



























WARKAH GURU BESAR KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.

Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, - tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup 

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,
Guru Besar

MUTIARA KATA

Mutiara Kata

“Menyedari kesalahan yang telah terjadi

bukan hanya sekadar untuk disesali

tetapi untuk diperbaiki

agar tidak berulang lagi.”

“Experience is the name we give to our mistake.”

~ Oscar Wilde ~

“It is said that only a fool learns from his own mistakes, a wise man from the mistakes of others.”

~ Otto von Bismarch ~

“Everybody’s human; everybody makes mistakes. If you laugh it off and keep going and try to give it your best the next time around, people respect that.”

~ Benjamin Franklin ~

Renungan KERJA

Lebih baik susah nak cari kerja
Daripada susah tak ada kerja……

Lebih baik susah orang bekerja
Daripada susah orang tak bekerja…..

Lebih baik makan minum sambil kerja
Daripada makan minum dan lupa kerja……

Lebih baik sesekali bercuti lepas sebulan bekerja
Daripada sebulan bercuti lepas sehari bekerja……

Lebih baik gaji ditengok pada kerja
Daripada ikut gaji bila buat kerja……..

Lebih baik tak ada kerja tak ada gaji
Daripada tak ada kerja ada gaji…….

Lebih baik makan gaji dengan orang buta
Daripada makan gaji buta…..

Lebih baik terkejar-kejar kerana buat kerja
Daripada dikejar kerana tak buat kerja…….

Lebih baik buang masa kerana kerja
Daripada buang masa kerja…..

Lebih baik suka banyak kerja
Daripda suka banyak tempat kerja…..

Lebih baik jadi hantu kerja

Daripada buat kerja hantu…..

Perwatakan dan peranan guru

Peranan sebagai muaalim untuk menitiskan ilmu yang benar kepada sesama manusia agar dapat merealisasikan fungsi.

Peranan sebagai muaddib iaitu untuk mempertingkat adab serta sikap murni.

Peranan sebagai mursyid iaitu memberi petunjuk ke arah jalan yang benar bagi kehidupan di dunia dan di akhirat

Peranan sebagai mudaris iaitu memainkan peranannya sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran

Ceritanya

Ceritanya...

Semalam,

Ada mak bapak yang datang meradang,

Menghentak meja, bersuara lantang,

Meluah rasa menjeling pandang,

Kecil hati tidak diundang,

Marah benar bila dibuang,

Mcm amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..

Semalam,

Maruah cikgu diejek-ejek,

Dikata tidak layak jadi pendidik,

Ijazah yg ada sekadar dikelek,

Masa mengajar dipendek-pendek,

Pengalaman yang ada disukat cetek..

Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,

Hari ini,

Ada murid yang datang lewat,

Sedangkan rumah duduknya dekat,

Cikgu pun tanya kenapa liat,

Hari-hari lambat, kemana solat?

Muka murid tersenyum kelat,

Otak murid berfikir ligat,

Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,

Paling tak tulis nama dalam buku lewat..

Ceritanya,

Hari ini,

Ada cikgu megajar di depan kelas,

Ada murid di belakang bersembang bebas,

Ada kerja untuk SATU kelas,

Tapi yang siap tak sampai sebelas,

Marah cikgu berbekas-bekas,

Niat dihati mengajar ikhlas,

Yang rajin tiga belas,

Yang lain malas!

Ceritanya,

Esok-esok,

Keputusan peperiksaan keluar,

Satu sekolah berdebar-debar,

Ibu bapa tidak sabar-sabar,

Mesti keputusan anak aku bikin gempar...

Silap-silap masuk surat khabar..


Ceritanya,

Bila keputusan mula diumumkan,

Anak dapat cukup-cukup makan,

Anak menangis minta ehsan,

Bukan apa takut balik dirotan,

Anak dipujuk,cikgu disalahkan,

Konon cikgu tidak berkelayakan,

Ilmu yang ada tidak cukup padan..

Ibu bapa melepas baran,

Anak aku bukan sebarangan,

Lahir dari keturunan tuan-tuan,

Patut dapat keputusan A one..!

Ceritanya..

Hari ini,

Hati cikgu mendidih-didih,

Mak bapak tidak tahu berterima kasih,

Hati cikgu mana tidak sedih,

Tapi cikgu hatinya jernih,

Marah pergi sejuk diraih,

Biar mak bapak makinya berbuih,

Nawaitu cikgu bersifat bersih..

Luhur hatinya tetap ditagih,

Hari ini, aku berterima kasih..

Pada guru yang berperit jerih,

Yang tidak pernah letih,

Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,

Cukuplah sekadar terima kasih..

Hasil Karya:

Dato Ruslan Madon,

Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.