TS25 SKAB

TS25 SKAB
KLIK UNTUK PAPARAN

Wednesday, 16 November 2022

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2022

Sedang berlangsung Sambutan Hari Kanak2 Peringkat Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River. 

Tarikh : 17 Nov 2022 (Khamis)
Tema Pakaian Semua Murid : "Birthday Party".

Tema Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1, Pra & PPKI (Peserta sahaja) : "Fairy Tales" 



Sunday, 16 October 2022

Program Festival Filem Pelajar Malaysia ke -13 UPSI

Program Festival Filem Pelajar Malaysia ke-13 (2022) bertempat di UPSI. Seramai 41 murid dan guru tahun 6 SKAB turut hadir. Tajuk Filem: Suatu Ketika













Sedikit Info tentang program

UPSI, FINAS Meterai MOU Serta Pra-pelancaran Festival Filem Pelajar (FFPM) 2022

10 Ogos -- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk bekerjasama bagi memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan khidmat masyarakat di antara kedua-dua belah pihak bagi berkongsi kepakaran dan pengetahuan bidang masing-masing.

Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata kerjasama ini merupakan perkongsian kepakaran dalam bidang industri kreatif dalam penghasilan karya filem, dokumentari, pengiklanan, montaj, animasi, kesan khas digital, multimedia dan penyiaran dapat mencungkil bakat kreatif dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia agar setanding di peringkat antarabangsa dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Penghasilan kerja kreatif para pelajar IPT sebagai karya kreatif pelapis/ bakat muda negara selaras dengan Amanat Menteri Pengajian Tinggi dalam mempelbagai dan memperhebatkan kaedah pelaksanaan agar lebih lagi idea dan inovasi pendidikan dapat disumbang dan dimanfaatkan. 

“Ia juga selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk mempelbagai dan memperhebatkan Festival of Idea (FOI),” jelasnya ketika merasmikan selepas menandatangani perjanjian persefahaman.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS Rozita Waty Ridzuan, dalam ucapannya berkata buat julung kalinya FINAS melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bekerjasama dengan pihak UPSI melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) 2022 yang bakal diadakan pada 17 Oktober hingga 19 Oktober 2022.

“Pelbagai program telah dirancang dan akan dijalankan di UPSI sempena penganjuran FFPM 2022 seperti tayangan filem, sesi perkongsian ilmu, pameran dan bual bicara. Malam Anugerah FFPM 2022 pula akan diadakan pada 19 Oktober 2022 di Dewan Tunku Canselor UPSI,” jelasnya ketika majlis MoU yang turut merasmikan Pra-Pelancaran Festival Filem FPPM pada majlis yang sama.

“Antara objektif utama penganjuran FFPM 2022 pada kali ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada hasil kerja kreatif para pelajar IPT di Malaysia dalam konteks produk kandungan kreatif selaras dengan arus perkembangan pesat industri kreatif pada masa kini,” katanya. 

Menurut beliau selain itu, FFPM 2022 adalah merupakan salah satu platform untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat kreatif di kalangan pelajar IPT di Malaysia melalui penghasilan karya filem, dokumentari, montaj, animasi, kesan khas digital dan multimedia ,” jelasnya yang turut menyerahkan replika cek RM200, 000 kepada UPSI sebagai hos untuk edisi kali ini.

“Hadiah-hadiah yang bernilai RM100,000.00 dalam bentuk geran penerbitan turut ditawarkan kepada pelajar-pelajar IPT dari pelbagai latar belakang melalui kategori-kategori yang dipertandingkan iaitu filem pendek, filem pendek antarabangsa, filem dokumentari, filem animasi, iklan khidmat masyarakat, filem/video eksperimen, video klip/muzik video Anugerah Keseluruhan Terbaik serta Anugerah Khas Juri,” jelasnya lanjut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan FFPM 2022, sila layari media sosial rasmi FINAS melalui Facebook, Instagram dan Twitter FINAS Malaysia serta laman sesawang rasmi FINAS di www.finas.gov.my bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan dengan penganjuran FFPM 2022 pada tahun ini atau emelkan kepada info@finas.my untuk sebarang pertanyaan.


MUTIARA KATA

Mutiara Kata

“Menyedari kesalahan yang telah terjadi

bukan hanya sekadar untuk disesali

tetapi untuk diperbaiki

agar tidak berulang lagi.”

“Experience is the name we give to our mistake.”

~ Oscar Wilde ~

“It is said that only a fool learns from his own mistakes, a wise man from the mistakes of others.”

~ Otto von Bismarch ~

“Everybody’s human; everybody makes mistakes. If you laugh it off and keep going and try to give it your best the next time around, people respect that.”

~ Benjamin Franklin ~

Renungan KERJA

Lebih baik susah nak cari kerja
Daripada susah tak ada kerja……

Lebih baik susah orang bekerja
Daripada susah orang tak bekerja…..

Lebih baik makan minum sambil kerja
Daripada makan minum dan lupa kerja……

Lebih baik sesekali bercuti lepas sebulan bekerja
Daripada sebulan bercuti lepas sehari bekerja……

Lebih baik gaji ditengok pada kerja
Daripada ikut gaji bila buat kerja……..

Lebih baik tak ada kerja tak ada gaji
Daripada tak ada kerja ada gaji…….

Lebih baik makan gaji dengan orang buta
Daripada makan gaji buta…..

Lebih baik terkejar-kejar kerana buat kerja
Daripada dikejar kerana tak buat kerja…….

Lebih baik buang masa kerana kerja
Daripada buang masa kerja…..

Lebih baik suka banyak kerja
Daripda suka banyak tempat kerja…..

Lebih baik jadi hantu kerja

Daripada buat kerja hantu…..

Perwatakan dan peranan guru

Peranan sebagai muaalim untuk menitiskan ilmu yang benar kepada sesama manusia agar dapat merealisasikan fungsi.

Peranan sebagai muaddib iaitu untuk mempertingkat adab serta sikap murni.

Peranan sebagai mursyid iaitu memberi petunjuk ke arah jalan yang benar bagi kehidupan di dunia dan di akhirat

Peranan sebagai mudaris iaitu memainkan peranannya sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran

Ceritanya

Ceritanya...

Semalam,

Ada mak bapak yang datang meradang,

Menghentak meja, bersuara lantang,

Meluah rasa menjeling pandang,

Kecil hati tidak diundang,

Marah benar bila dibuang,

Mcm amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..

Semalam,

Maruah cikgu diejek-ejek,

Dikata tidak layak jadi pendidik,

Ijazah yg ada sekadar dikelek,

Masa mengajar dipendek-pendek,

Pengalaman yang ada disukat cetek..

Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,

Hari ini,

Ada murid yang datang lewat,

Sedangkan rumah duduknya dekat,

Cikgu pun tanya kenapa liat,

Hari-hari lambat, kemana solat?

Muka murid tersenyum kelat,

Otak murid berfikir ligat,

Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,

Paling tak tulis nama dalam buku lewat..

Ceritanya,

Hari ini,

Ada cikgu megajar di depan kelas,

Ada murid di belakang bersembang bebas,

Ada kerja untuk SATU kelas,

Tapi yang siap tak sampai sebelas,

Marah cikgu berbekas-bekas,

Niat dihati mengajar ikhlas,

Yang rajin tiga belas,

Yang lain malas!

Ceritanya,

Esok-esok,

Keputusan peperiksaan keluar,

Satu sekolah berdebar-debar,

Ibu bapa tidak sabar-sabar,

Mesti keputusan anak aku bikin gempar...

Silap-silap masuk surat khabar..


Ceritanya,

Bila keputusan mula diumumkan,

Anak dapat cukup-cukup makan,

Anak menangis minta ehsan,

Bukan apa takut balik dirotan,

Anak dipujuk,cikgu disalahkan,

Konon cikgu tidak berkelayakan,

Ilmu yang ada tidak cukup padan..

Ibu bapa melepas baran,

Anak aku bukan sebarangan,

Lahir dari keturunan tuan-tuan,

Patut dapat keputusan A one..!

Ceritanya..

Hari ini,

Hati cikgu mendidih-didih,

Mak bapak tidak tahu berterima kasih,

Hati cikgu mana tidak sedih,

Tapi cikgu hatinya jernih,

Marah pergi sejuk diraih,

Biar mak bapak makinya berbuih,

Nawaitu cikgu bersifat bersih..

Luhur hatinya tetap ditagih,

Hari ini, aku berterima kasih..

Pada guru yang berperit jerih,

Yang tidak pernah letih,

Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,

Cukuplah sekadar terima kasih..

Hasil Karya:

Dato Ruslan Madon,

Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.