Saturday, 7 January 2017
Motivasi Diri
Motivasi dan muhasabah untuk saya dan kita Para Pendidik sempena Tahun Baharu 2017😃
(Copy n paste dari rakan sebelah)
Assalamu'alaikum.
TIGA BELA çS MOTIVASI
untuk para Guru مربى
Jadikan tip-tip ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stres dsb.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit, kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah, kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah PELAJAR/MURIDmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
🔹MOTIVASI KETIGA Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURIDmu dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai ke puncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.
🔹MOTIVASI KELIMA Baikkanlah layananmu terhadap PELAJAR/MURIDmu dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.
🔹MOTIVASI KEENAM Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak PELAJAR/MURIDmu yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
🔹MOTIVASI KELAPAN Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah guru-guru kami yang kuat, cergas dan amanah".
🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah PELAJAR/MURIDmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar, tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍
Utk kita semua. Semoga bermanafaat.. 👍🏻👍🏻👍🏻😊
MUTIARA KATA
Mutiara Kata
“Menyedari kesalahan yang telah terjadi
bukan hanya sekadar untuk disesali
tetapi untuk diperbaiki
agar tidak berulang lagi.”
“Experience is the name we give to our mistake.”
~ Oscar Wilde ~
“It is said that only a fool learns from his own mistakes, a wise man from the mistakes of others.”
~ Otto von Bismarch ~
“Everybody’s human; everybody makes mistakes. If you laugh it off and keep going and try to give it your best the next time around, people respect that.”
~ Benjamin Franklin ~
Renungan KERJA
Lebih baik susah nak cari kerja
Daripada susah tak ada kerja……
Lebih baik susah orang bekerja
Daripada susah orang tak bekerja…..
Lebih baik makan minum sambil kerja
Daripada makan minum dan lupa kerja……
Lebih baik sesekali bercuti lepas sebulan bekerja
Daripada sebulan bercuti lepas sehari bekerja……
Lebih baik gaji ditengok pada kerja
Daripada ikut gaji bila buat kerja……..
Lebih baik tak ada kerja tak ada gaji
Daripada tak ada kerja ada gaji…….
Lebih baik makan gaji dengan orang buta
Daripada makan gaji buta…..
Lebih baik terkejar-kejar kerana buat kerja
Daripada dikejar kerana tak buat kerja…….
Lebih baik buang masa kerana kerja
Daripada buang masa kerja…..
Lebih baik suka banyak kerja
Daripda suka banyak tempat kerja…..
Lebih baik jadi hantu kerja
Daripada buat kerja hantu…..
Perwatakan dan peranan guru
Peranan sebagai muaalim untuk menitiskan ilmu yang benar kepada sesama manusia agar dapat merealisasikan fungsi.
Peranan sebagai muaddib iaitu untuk mempertingkat adab serta sikap murni.
Peranan sebagai mursyid iaitu memberi petunjuk ke arah jalan yang benar bagi kehidupan di dunia dan di akhirat
Peranan sebagai mudaris iaitu memainkan peranannya sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran
Ceritanya
Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecil hati tidak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang..
Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tidak layak jadi pendidik,
Ijazah yg ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendengar jelek..
Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, kemana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dalam buku lewat..
Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu megajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk SATU kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!
Ceritanya,
Esok-esok,
Keputusan peperiksaan keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Ibu bapa tidak sabar-sabar,
Mesti keputusan anak aku bikin gempar...
Silap-silap masuk surat khabar..
Ceritanya,
Bila keputusan mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menangis minta ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk,cikgu disalahkan,
Konon cikgu tidak berkelayakan,
Ilmu yang ada tidak cukup padan..
Ibu bapa melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan A one..!
Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tidak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tidak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini, aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tidak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih..
Hasil Karya:
Dato Ruslan Madon,
Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.
No comments:
Post a Comment