TS25 SKAB

TS25 SKAB
KLIK UNTUK PAPARAN

Monday, 12 September 2022

Pertandingan Syair dan Sajak Kemerdekaan SKAB 2022


SYAIR MALAYSIA TERCINTA


AKU MELAYU ANAK MALAYSIA

LAHIR DI BUMI YANG KAYA RAYA

BERTUAH SUNGGUH RASA DI JIWA 

HIDUPKU SENANG TIADA SENGSARA


DARILAH PERLIS HINGGA KE JOHOR

SABAH SARAWAK SAMA TERSOHOR

BUMI MALAYSIA SUDAHLAH MASYHUR

RAKYAT PERAMAH BERBUDI LUHUR


SATU DUNIA INGIN KU LAUNG

LANGIT MALAYSIA AKU BERNAUNG

BANGGA BERBAKTI NAMA DIJUNJUNG

NEGARA TERCINTA YANG KU SANJUNG


MALAYSIA INI AMAT KU CINTA

TEMPAT LAHIRKU MEMBINA CITA

TERUSLAH AMAN ITU KU PINTA

BAHAGIALAH HIDUP SESAMA KITA


(sumber internet)


SYAIR ANAK MERDEKA


MASIH KU INGAT KETIKA DULU

BENDERA BERKIBAR DI TANGAN TUANKU

LAUNGAN KERAMAT MENUSUK DI KALBU

ITULAH BUKTI MERDEKA NEGARAKU


TIDAK SEDIKIT PEJUANG YANG GUGUR

BERANI MEREKA DI MEDAN TEMPUR

RELA BERKORBAN BAKTI NAN LUHUR

TERSEBUT NAMAMU TERKENAL MASYHUR


APA ERTINYA KITA MERDEKA 

JIKA FIKIRAN SENTIASA LEKA

LEBIH SEDIHNYA ADA DERHAKA 

BUDAYA PENJAJAH ITU YANG DI SUKA


MERDEKA KITA MERDEKA MINDA

PENTINGKAN ILMU BUKANNYA BENDA

TINGKATKAN USAHA BERLIPAT GANDA

KUKUHKAN IMAN DI DALAM DADA


(sumber internet)







































13/9/2022/Selasa/7.40-9.40 pagi. 

Pertandingan Syair dan Deklamasi Sajak SKAB 2022 sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-65 berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Seramai 25 orang peserta mengambil bahagian. Pertandingan anjuran Panitia Bahasa Melayu ini dikendalikan oleh guru-guru yang hebat antaranya,  Ustazah Mahanim dan Ustazah Hidayah sebagai pengacara majlis, Ustazah Hamidah selaku Ketua Juri dan Hakim.

Panitia Bahasa Melayu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Setiausaha Sambutan, Pn VJ dan pihak sekolah kerana memberi ruang kepada Panitia BM untuk melaksanakan aktiviti. Terima kasih juga kepada semua guru dan pelajar SKAB. 

Sedikit info mengenai "Syair"

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, sesetengah pendapat mengatakan bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat 13 irama syair iaitu:

1. Narasi Sarawak
2. Perindu
3. Mayang
4. Dandan Setia
5. Pucuk Kelumpang
6. Rawi
7. Bergambuh
8. Mengayun
9. Siti Zubaidah
10. Dodoi
11. Batu Belah
12. Hiasan
13. Selendang Delima. 

Rata-rata peserta hari ini menyampaikan syair dengan irama Hiasan. Tahniah! 

No comments:

Post a Comment

MUTIARA KATA

Mutiara Kata

“Menyedari kesalahan yang telah terjadi

bukan hanya sekadar untuk disesali

tetapi untuk diperbaiki

agar tidak berulang lagi.”

“Experience is the name we give to our mistake.”

~ Oscar Wilde ~

“It is said that only a fool learns from his own mistakes, a wise man from the mistakes of others.”

~ Otto von Bismarch ~

“Everybody’s human; everybody makes mistakes. If you laugh it off and keep going and try to give it your best the next time around, people respect that.”

~ Benjamin Franklin ~

Renungan KERJA

Lebih baik susah nak cari kerja
Daripada susah tak ada kerja……

Lebih baik susah orang bekerja
Daripada susah orang tak bekerja…..

Lebih baik makan minum sambil kerja
Daripada makan minum dan lupa kerja……

Lebih baik sesekali bercuti lepas sebulan bekerja
Daripada sebulan bercuti lepas sehari bekerja……

Lebih baik gaji ditengok pada kerja
Daripada ikut gaji bila buat kerja……..

Lebih baik tak ada kerja tak ada gaji
Daripada tak ada kerja ada gaji…….

Lebih baik makan gaji dengan orang buta
Daripada makan gaji buta…..

Lebih baik terkejar-kejar kerana buat kerja
Daripada dikejar kerana tak buat kerja…….

Lebih baik buang masa kerana kerja
Daripada buang masa kerja…..

Lebih baik suka banyak kerja
Daripda suka banyak tempat kerja…..

Lebih baik jadi hantu kerja

Daripada buat kerja hantu…..

Perwatakan dan peranan guru

Peranan sebagai muaalim untuk menitiskan ilmu yang benar kepada sesama manusia agar dapat merealisasikan fungsi.

Peranan sebagai muaddib iaitu untuk mempertingkat adab serta sikap murni.

Peranan sebagai mursyid iaitu memberi petunjuk ke arah jalan yang benar bagi kehidupan di dunia dan di akhirat

Peranan sebagai mudaris iaitu memainkan peranannya sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran

Ceritanya

Ceritanya...

Semalam,

Ada mak bapak yang datang meradang,

Menghentak meja, bersuara lantang,

Meluah rasa menjeling pandang,

Kecil hati tidak diundang,

Marah benar bila dibuang,

Mcm amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..

Semalam,

Maruah cikgu diejek-ejek,

Dikata tidak layak jadi pendidik,

Ijazah yg ada sekadar dikelek,

Masa mengajar dipendek-pendek,

Pengalaman yang ada disukat cetek..

Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,

Hari ini,

Ada murid yang datang lewat,

Sedangkan rumah duduknya dekat,

Cikgu pun tanya kenapa liat,

Hari-hari lambat, kemana solat?

Muka murid tersenyum kelat,

Otak murid berfikir ligat,

Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,

Paling tak tulis nama dalam buku lewat..

Ceritanya,

Hari ini,

Ada cikgu megajar di depan kelas,

Ada murid di belakang bersembang bebas,

Ada kerja untuk SATU kelas,

Tapi yang siap tak sampai sebelas,

Marah cikgu berbekas-bekas,

Niat dihati mengajar ikhlas,

Yang rajin tiga belas,

Yang lain malas!

Ceritanya,

Esok-esok,

Keputusan peperiksaan keluar,

Satu sekolah berdebar-debar,

Ibu bapa tidak sabar-sabar,

Mesti keputusan anak aku bikin gempar...

Silap-silap masuk surat khabar..


Ceritanya,

Bila keputusan mula diumumkan,

Anak dapat cukup-cukup makan,

Anak menangis minta ehsan,

Bukan apa takut balik dirotan,

Anak dipujuk,cikgu disalahkan,

Konon cikgu tidak berkelayakan,

Ilmu yang ada tidak cukup padan..

Ibu bapa melepas baran,

Anak aku bukan sebarangan,

Lahir dari keturunan tuan-tuan,

Patut dapat keputusan A one..!

Ceritanya..

Hari ini,

Hati cikgu mendidih-didih,

Mak bapak tidak tahu berterima kasih,

Hati cikgu mana tidak sedih,

Tapi cikgu hatinya jernih,

Marah pergi sejuk diraih,

Biar mak bapak makinya berbuih,

Nawaitu cikgu bersifat bersih..

Luhur hatinya tetap ditagih,

Hari ini, aku berterima kasih..

Pada guru yang berperit jerih,

Yang tidak pernah letih,

Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,

Cukuplah sekadar terima kasih..

Hasil Karya:

Dato Ruslan Madon,

Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.